12 Februari 2014 - 20:30
Pengganas warga Palestin mengaku lancar operasi bom bunuh diri yang akan terjadi beberapa jam lagi

Tentera Lubnan memaklumkan penahanan sebuah lagi kereta yang dipasang bom, kawasan lembah Beqaa. 3 wanita telah digunakan dalam operasi terrorisme tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Tentera Lubnan hari ini mengeluarkan kenyataan pengganas Wahabi yang paling dikehendaki, Na'im Abbas mengaku telah melakukan berbagai jenayah terrorisme ketika dalam tahanan pihak berkuasa.

Kenyataan tersebut juga mengesahkan penahanan Na'im Abbas yang berasal dari Palestin pagi tadi, di kawasan al-Mazrea. Selama ini kegiatan Na'im sebelum ini dipandau rapi pihak berkuasa dan pengganas tersebut ditangkap sebaik sahaja keluar dari kota Saida, Selatan Lubnan setelah melancarkan sebuah operasi pengeboman.

Na'im Abbas yang lebih dikenali sebagai Abu Sulaiman Abu Khalid, merupakan seorang warga Palestin, yang lahir pada tahun 1970. Pihak berkuasa Lubnan menganggap kejayaan memberkasnya sebagai penangkapan paling beharga dan lebih mahal dari penangkapan Majid al-Majid, ketua kumpulan pengganas Abdullah Azzam yang berasal dari Arab Saudi.



Berasaskan laporan ini, sebaik sahaja ditanggap, Na'im Abbas mengaku telah mengirim sebuah kereta ke Beirut bagi operasi bom bunuh diri dalam masa beberapa jam lagi di kawasan Mazrea.

Setelah menahan kereta tersebut, pihak tentera berjaya mematikan bom seberat 130 kilogram dari kenderaan tersebut.



Selain itu, beberapa talipinggang yang dipasang bom, senjata api dan peluru turut dirampas. 3 wanita yang berada dalam kenderaan tersebut juga ditahan untuk soal siasat.

Presiden Lubnan Mishal Sulaiman, Perdana Menteri Najib Miqati dan Ketua Perwakilan Parliman Nabeh Berri telah mengeluarkan kenyataan berasingan tentang kejayaan tentera Lubnan ini. Mereka turut menyokong dan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat sehingga membawa kepada penahanan Na'im Abbas serta menggagalkan operasi pengganas tersebut.

Sebelum ini tentera Lubnan berjaya menahan sebuah kenderaan yang memasuki Lubnan dari Birud, Syria dalam rangka menyerang Beirut.